About Me

My photo
Dear reader, I'm Shafiq. In course, Database Management and Web Application at College Vocational Kuala Selangor.

Tuesday, 24 February 2015

Pengenalan kepada Garena.com

Assalamualaikum dan selamat sejahtera , hari ini saya diberi tugasan untuk membentangkan website dihadapan kelas . Sebelum saya membentangkan website yang dikehendaki , saya menelaah beberapa website sebelum memilih website yang benar-benar saya ingin bentangkan . Selepas memastikan website yang ingin dibentangkan , saya mengkaji mengenai selok - belok website tersebut dan mengkaji apa sahaja benda yang berkaitan tentang website tersebut.

Saya yakin ingin membentangkan website yang diberi nama Garena ( Connecting world games ) . Website ini mengenai beberapa jenis games .Garena ini mempunya lapan jenis games antaranya ialah Blackshot, League Of Legend, Fifa Online 3, Horn dan banyak lagi . Kebanyakkan games yang disediakan oleh Garena kini disanjung tinggi oleh pemain-pemain games online diserata dunia.

Garena bukan sahaja menyediakan game – game yang menarik. Garena juga menyediakan beberapa aplikasi yang memudahkan kita berkomunikasi bersama rakan kita ketika kita sedang berada di dalam game. Aplikasi tersebut dinamakan “G-Talk” atau “Garena Talk”. Ia memudahkan kita berhubung dalam bentuk suara atau melalui pesanan . Ia boleh dimasuki ramai orang tetapi kebiasaannya ia akan dimasuki 5 orang sahaja. Hal ini demikian kerana game yang disediakan kebanyakkannya berlawan secara 5 lawan 5 seperti game League Of Legend ( LOL ).

Selain itu , Garena juga menyediakan aplikasi Garena Plus bagi memudahkan kita menambah rakan baru dan menghantar pesanan ringkas kepada rakan secara privasi. Kebiasaannya orang akan menggunakan aplikasi ini di computer atau laptop kerana ingin terus bermain game. Anda juga boleh memiliki aplikasi ini di telefon . Ia diberi nama GAS . Ia boleh dimiliki oleh pengguna Apple  atau Android. Ia membenarkan kita berhubung dengan rakan tetapi tidak boleh bermain game seperti yang boleh dilakukan di komputer atau laptop.

Akhir sekali, saya berharap anda yang bermain game ini tidak melupakan dunia luar kerana kebanyakkan pemain game online jarang keluar dari rumah. Saya mengharapkan hal ini dapat dielakkan kerana jika terlalu lama bermain game ia akan menyebabkan kita rabun atau mendapat penyakit yang lain kerana tidak mengerahkan badan melakukan aktiviti yang berfaedah seperti bersukan .