Assalamualaikum dan selamat sejahtera , hari ini
saya diberi tugasan untuk membentangkan website dihadapan kelas . Sebelum saya
membentangkan website yang dikehendaki , saya menelaah beberapa website sebelum
memilih website yang benar-benar saya ingin bentangkan . Selepas memastikan
website yang ingin dibentangkan , saya mengkaji mengenai selok - belok website
tersebut dan mengkaji apa sahaja benda yang berkaitan tentang website tersebut.
Saya yakin ingin membentangkan website yang
diberi nama Garena ( Connecting world games ) . Website ini mengenai beberapa
jenis games .Garena ini mempunya lapan jenis games antaranya ialah Blackshot,
League Of Legend, Fifa Online 3, Horn dan banyak lagi . Kebanyakkan games yang
disediakan oleh Garena kini disanjung tinggi oleh pemain-pemain games online
diserata dunia.
Garena bukan sahaja menyediakan game – game yang
menarik. Garena juga menyediakan beberapa aplikasi yang memudahkan kita
berkomunikasi bersama rakan kita ketika kita sedang berada di dalam game.
Aplikasi tersebut dinamakan “G-Talk” atau “Garena Talk”. Ia memudahkan kita
berhubung dalam bentuk suara atau melalui pesanan . Ia boleh dimasuki ramai
orang tetapi kebiasaannya ia akan dimasuki 5 orang sahaja. Hal ini demikian
kerana game yang disediakan kebanyakkannya berlawan secara 5 lawan 5 seperti
game League Of Legend ( LOL ).
Selain itu , Garena juga menyediakan aplikasi
Garena Plus bagi memudahkan kita menambah rakan baru dan menghantar pesanan
ringkas kepada rakan secara privasi. Kebiasaannya orang akan menggunakan
aplikasi ini di computer atau laptop kerana ingin terus bermain game. Anda juga
boleh memiliki aplikasi ini di telefon . Ia diberi nama GAS . Ia boleh dimiliki
oleh pengguna Apple atau Android. Ia
membenarkan kita berhubung dengan rakan tetapi tidak boleh bermain game seperti
yang boleh dilakukan di komputer atau laptop.
Akhir sekali, saya berharap anda yang bermain
game ini tidak melupakan dunia luar kerana kebanyakkan pemain game online
jarang keluar dari rumah. Saya mengharapkan hal ini dapat dielakkan kerana jika
terlalu lama bermain game ia akan menyebabkan kita rabun atau mendapat penyakit
yang lain kerana tidak mengerahkan badan melakukan aktiviti yang berfaedah
seperti bersukan .
No comments:
Post a Comment