About Me

My photo
Dear reader, I'm Shafiq. In course, Database Management and Web Application at College Vocational Kuala Selangor.

Tuesday, 31 March 2015

Kegunaan SAPS #5

APAKAH KEGUNAAN SAPS?


        Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD. SAPS bertujuan untuk bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).

        Selain itu, SAPS juga digunakan untuk mengakses sistem memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas. Ia digunakan bagi memasukkan markah-markah peperiksaan setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun dan guru mata pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan.


KELEBIHAN SAPS?

        Antara kelebihan SAPS ialah dapat mengikut prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di Bandar atau di luar Bandar. Ia  boleh mengukur pencapaian sesebuah sekolah dan dapat mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah.
   
         Selain itu, dapat mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan kerana guru-guru hanya perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Dengan SAPS, masalah dalam meminta data dapat dikurangkan. Dengan itu, ibu bapa boleh melihat prestasi anak-anak.


KEBURUKAN SAPS?


  Selain kelebihan, SAPS juga terdapat kelemahan iaitu kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan "CRASH" atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem SAPS. Keburukan SAPS juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan trafik.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGGUNAKAN SAPS?
Untuk guru
·         Buka laman SAPS yang utama
·         Di menu utama, terdapat login untuk guru masukkan nama pelajar.
·         Masukkan ID Pengguna
·         Masukkan kata laluan
·         Klik log in
·         Halaman seterusnya akan dipaparkan

Untuk ibu bapa atau umum
·         Taip "SAPS" di google search
·         Pilih semakan ibu bapa
·         Masukkan kad pengenalan ataupun sijil anak-anak
·         Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
·         Pilih tahun
·         Pilih jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan
·         Pililh pada analisis markah yang terdapat slip keputusan/markah peperiksaan

·         Slip keputusan/markah peperiksaan telah dipaparkan

Monday, 30 March 2015

Youtube #4

Youtube

Youtube adalah sebuah laman web yang mempunyai pelbagai videoyang dibuat oleh tiga karyawan PayPal pada Februari 2005. Laman web ini menyenangkan pengguna untuk menonton, dan mememilih video yang mereka sukai. Youtube dipusat di San Bruno, California. Youtube memakai teknologi Adobe Flash Video dan HTML5 untuk memaparkan pelbagai video yang dibuat oleh manusia. Termasuk klip film, klip TV, dan music video. Selain itu pelbagai konten seperti blog video, video orisinal pendek dan juga video pendidikan. 

Kebanyakan konten Youtube dibuat secara individu, meskipun perusahaan-perusahaan media seperti CBS, BBC, Vevo, Hulu, dan organisasi yang lain sudah memuat turunkan video mereka ke bahagian ini dari program Youtube.  Pengguna tidak perlu mendaftar untuk mendapatkan video, sementara pengguna yang terdaftar perlu berusia 18 tahun ke atas. Pada tahun 2006 Youtube, LLC telah dibeli oleh Google dengan nilai US1.65 milion dan telah rasmi beroperasi sebagai anak perusahaan Google.

CARA-CARA MENGUPLOAD YOUTUBE

  • - Pastikan anda mempunyai email dan password, barulah boleh masuk ke youtube.com.
  •  Selepas itu klik masuk
  •  Masukkan nama email dan password ketika membuat email dan tekan 'masuk'
  • Jika sudah masuk klik ' upload', lihat kata link upload di bahagian kanan.
  • Pilih video di folder, klik pada video tersebut dan muncul nama file lau, klik Open
  • Proses video unggah sedang berjalan, lihat angka peratusnya. Jika lama pengunggahan ia bergantung ukuran memori file
  • Jika proses penunggahan selesai, kita boleh berkongsi video tersebut ke facebook, twitter dan sebagainya, klik 'Share'. Jika ingin berkongsi pastikan akaun telah di login.
  • Kemudian masukkan judul video, deskripsi atau keterangan video, tag ataupun label.
KEBAIKAN YOUTUBE

 1) Boleh melihat dan mengupload video yang kita sukai
2) Sebagai ajung promosi diri
3) Boleh mengupload setiap video
4) Ukurannya ada yang HD, boleh di download


KEBURUKAN YOUTUBE

1) Boleh disalahguna oleh pengguna

2) Banyak informasi yang menyesatkan

3) Tidak boleh download secara langsung

4) Tidak sesuai untuk ' Slow Connection'


5) Banyak video yang mempunyai unsur negative

Sunday, 29 March 2015

INSTAGRAM #3

PENGENALAN KEPADA LAMAN SOSIAL INSTAGRAM
Instagram ialah Laman Sosial yang digunakan untuk berkongsi video atau gambar. 



Instagram merupakan sebuah perkhidmatan perkongsian fakta dan rangkaian sosial secara dalam talian yang mebolehkan penggunannya mengambil gambar, meletakkan penapis digital dan menyebarkannya ke dalam pelbagai bentuk perkhidm,atan rangkaian sosial. Instagram diasaskan oleh Kevin Systrom and Mike Krieger dan dilancarkan pada October 2010.
            Perkhidmatan ini cepat mendapat populariti dengan lebih 100 juta pengguna aktif pada April 2010. Manakala pada Disember 2014, populariti Instagram manaik dengan lebih dari 300 juta pengguna. Instagram diedarkan melalui AppStore, google play and windows store. Sokongan untuk aplikasi yang boleh didapati untuk iPhone, iPod Touch dan telefon Android/Smartphone.
            Perkhidmatan ini telah dibeli facebook pada bulan April 2012, kira-kira AS $ 1Billion dalam bentuk wang tunai dan saham. Pada tahun 2013, instagram populariti dan pengguna instagram meningkat sebanyak 23%. Istagram memulakan pembangunan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS) apabila Systrom dan Brazil Krieger memilih untuk menumpukan perhatoan kepada perkara lain.


            Nama Instagram adalah singkatan untuk ‘kamera segera’ dan ‘telegram’. Pada mulanya instagram hanya membenarkan penggunanya berkongsi gambar sahaja. Pada 2012, pengasas instagran telah maniktararkan instagram dengan membolehkan penggunanya berkongsi video, selain gambar.

Saturday, 28 March 2015

4SHARED #2

Pengenalan Kepada 4shared
4shared adalah suatu perkhidmatan penyimpanan dan perkongsian fail yang ditubuhkan pada 2005 oleh Alex Lunkov dan Sergey Chudnovsky. Sekarang 4shared mempunyai lebih 5 juta pengguna, 11 juta lawatan harian, 940 TB fail yang dihoskan dan 317 TB pemindahan fail setiap hari.
Ada empat kategori untuk menyimpan, berkongsi dan melihat fail iaitu videomuzikgambar foto dan buku.
Penggunaan 4shared
4shared membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik dan muat turun fail-fail dengan sebarang pelayar web. Pendaftaran yang biasa membenarkan pengguna-pengguna untuk muat naik 10240 MBke akaun mereka. Pengesahan pendaftaran melalui emel mengembangkan ruang penyimpanan sehingga 15 GB. Pengguna-pengguna Premium akan diberi ruangan 100 GB untuk menyimpan fail-fail.

Selepas sesuatu muat naik yang berjaya, pengguna akan diberi URL yang unik yang akan membenarkan orang lain untuk muat turun fail. Fail-fail yang telah dimuat naik akan disimpan sehingga pengguna-pengguna memasuki akaun mereka sekurang kurangnya setiap 30 hari atau sekurang-kurangnya satu daripada fail itu dimuat turun setiap 30 hari. Akaun-akaun premium tidak mempunyai masa tamat tempoh sehingga pengguna meneruskan sebagai pengguna premium. 

Fungsi Interface pengguna adalah sama dengan fungsi standard windows explorer.
Penguna-pengguna yang belum didaftar perlu menunggu 20 saat didalam barisan muat turun
(CAPTHCA tidak perlu disempurnakan) dan boleh memulakan beberapa muat turun secara serentak.



Langkah-Langkah Untuk Menggunakannya:
Sign Up
  •  Pertama sekali, klik pada “Daftar” untuk membuat akaun 4shared apabila mahu menggunakannya.
  •    Seterusnya, ia akan memaparkan borang utnuk mendaftar dan apabila selesai mengisi borang itu klik pada “membuat/mencipta akaun”.
  • Seterusnya, maklumat itu akan disahkan dan pengguna boleh menggunakan akaun 4shared.

Log In
  • Untuk log in pula, kita boleh log masuk dengan akaun 4shared, facebook, twitter dan akaun google.
  • Selain daripada akaun 4shred, facebook, twitter dan akaun google, kita tidak boleh log in untuk menggunakan 4shred.
  • Masukkan “E-mel dan Password” untuk log in.
  • Ia akan memaparkan nama kita di akaun 4shred dan akan memaparkan profil 4shared kita.

Langkah Untuk Menggunakannya (DOWNLOAD)
  • Pertama sekali, klik pada “search” untuk mencari sesuatu maklumat yang hendak kita cari.
  • Kita boleh cari maklumat dengan pelbagai jenis maklumat iaitu fail, video, muzik, gambar dan sebagainya.
  • Apabila klik pada “muzik”, ia akan memaparkan jenis lagu ‘mp3’.Selepas itu, kita klik pada suatu link lagu dan ia kan memaparkan video atau lagu untuk lagu itu.
  • Seterusnya, klik pada button “download” untuk mendownload lagu itu.
  • Ia kan menambah satu lagi tab untuk download dan kita akan tunggu dalam 20 saat.
  • Apabila sudah habis 20 saat, klik pada button yang berwarna biru yang ditulis “download” untuk memuat turun dan tunggu sehinggan lagu itu habis download.
  • Lagu itu akan disimpan di dalam folder komputer kita apabila sudah selesai.
  • Begitu juga dengan fail-fail yang lain untuk download.


 Langkah Untuk Menggunakannya (UPLOAD)
  • Untuk mengupload sesuatu fail untuk dimasukkan ke dalam 4shared, kita klik pada “muat naik” iaitu upload untuk upload fail.
  • Seterusnya, ia kan memaparkan folder di komputer kita.
  • Pilih fail untuk memasukkan ke 4shared.
  • Contohnya, pilih fail yang bernama “video” untuk dimasukkan ke akaun 4shared.
  • Apabila selesai memilih fail di folder komputer, klik “OK/Open”.
  • Video yang telah kita pilih telah dimasukkan ke dalam akaun 4shared kita,
  • Orang lain boleh “download” video yang telah kita masukkan.

SETTING

Di setting terdapat beberapa untuk edit profil kita iaitu:
  • Premium
Premium ini pengguna hendaklah membayar kerana pengguna tidak menunggu masa untuk mendownload.
  • Bahasa
Bahasa ialah kita pilih jenis-jenis bahasa yang boleh kita faham dan bahasa negara kita.
  • Soalan Lazim
Soalan Lazim ialah soalan atau masalah yang biasa ditanya oleh pengguna 4shared.
  • Bantuan
Bantuan ialah untuk membantu pengguna menukar kata laluan dan membantu pengguna untuk menggunakan langkah-langkah 4shared ini.
  • Laporkan Penyalahgunaan

Laporkan Penyalahgunaan ialah kita membuat laporan kepada pengurusan 4shared di atas gangguan yang dihadapi dan ada orang lain yang mengganggu kita punya fail.

Friday, 27 March 2015

Apakah itu TWITTER ? #1

TWITTER

Nama : twitter
Alamat : https://twitter.com/
Perlu daftar atau tidak, YES perlu.


Twitter ni apa? Twitter ni satu tempat yang semua orang boleh access. Dalam tu, ada bermacam-macam kegunaan. Salah satu nya ialah "tweet". Before nak tweet, kita kena create account.
Lain daripada tweet, kita boleh bagi information, upload gambar, tulis "bio" follow orang lain etc.



Kaedah menggunakan twitter


  • DAFTAR
Untuk guna twitter, sign up terlebih dahulu.
Kemudian, isikan semua maklumat yang diminta seperti nama, email, password, re-type password, tarikh lahir and click pada sign up.
Tunggu pengesahan dari twitter. Jika sudah disahkan, maka teruskan menggunakan twitter.


  • FOLLOW/FOLLOWERS/FOLLOWING
*Untuk mendapatkan ramai kenalan, kita perlu cari orang lain dengan menggunakan symbol "@". Jika tidak, twitter juga sudah mencadangkan orang-orang yang kita nak follow. Jika tak nak guna cadangan yang diberikan, gunakan cara yang disebut tadi.

*Followers tu orang lain follow kita and following tu kita sendiri yang follow account orang tu sebab nak follow perkembangan dia. That's all!


  • TWEET
Benda yang paling selalu dilakukan oleh pengguna twitter ialah TWEET. Dengan "tweet" kita akan dpat banyak RT atau FAV. Cara nak tweet, klik pada kotak yang ditulis "WHAT'S HAPPENING?" dan tweet apa sahaja yang anda mahu. Tweet ini bermaksud, kita menulis apa sahaja dari segi emosi, maklumat penting dan lain lain.
Jika tweet kita menarik perhatian, kita akan dapat banyak RT (retweet).
Limit patah perkataan hanya 140 PATAH PERKATAAN.

  • CARA UPLOAD GAMBAR
Cara nak upload gambar, klik pada tempat tweet yang diterangkan tadi, dibawahnya terdapat symbol camera dan klik symbol tersebut. Selepas itu, pilih file image yang anda mahu upload.
 LIMIT UNTUK UPLOAD GAMBAR IALAH SEBANYAK 4 GAMBAR SAHAJA. Boleh juga upload satu gambar jika mahu. TUNGGU SEHINGGA GAMBAR SELESAI DIMUATNAIK.


  • NOTIFICATIONS
Notifications ni pemberitahuan tentang kita dengan orang lain. Jika kita tweet, dan pengguna twitter lain RT, pihak twitter akan memberitahu pada NOTIFICATIONS.
Jika terdapat pengguna lain "mention" kita di twitter, mereka juga akan memberitahu di tempat tersebut. Senang cerita, apa sahaja berkaitan dengan profile kita, pihak twitter akan maklumkan dinotifications.
Jika ada noti, klik pada noti tersebut.


  • DIRECT MESSAGES
Jika mahu menghantar sebarang mesej yang berunsurkan 'personal', dan tidak mahu pengguna twitter yang lain Nampak dan baca, pihak twitter menyediakan tempat untuk DIRECT MESSAGES. Cara nak guna DM (nama singkatannya),  klik pada icon mesej, kemudian search pengguna twitter lain dan mulakan perbuualan anda. Limit patah perkataan hanya 140 PATAH PERKATAAN.


  • PROFILE PICTURE AND HEADER

Kita perlu letak gambar pada profile picture supaya pengguna twitter lain, kenal dan boleh "cam" siapa kita. Caranya, klik pada tempat gambar disebelah kiri, dan pilih gambar dari file kita yang kita mahu jadikan sebagai profile picture.
 Begitu juga dengan HEADER, klik pada gambar diatas itu, dan pilih sahaj image yang mahu diletakkan. Drag betul-betul.