About Me

My photo
Dear reader, I'm Shafiq. In course, Database Management and Web Application at College Vocational Kuala Selangor.

Tuesday 31 March 2015

Kegunaan SAPS #5

APAKAH KEGUNAAN SAPS?


        Kegunaan SAPS adalah sebagai pusat pengumpul, penyimpan dan menganalisis data peperiksaan dalaman. Ia bertujuan untuk memberi kemudahan dan boleh digunakan oleh pihak KPM, JPN dan PPD. SAPS bertujuan untuk bagi mengurangkan masalah dalam meminta data peperiksaan sekolah dan menjadi penunjuk aras kepada pihak pengurusan melalui analisis iaitu TOV (Take Of Value), ETR (Expected Target Result) dan AR (Actual Result).

        Selain itu, SAPS juga digunakan untuk mengakses sistem memasukkan dan mengemaskini maklumat kelas. Ia digunakan bagi memasukkan markah-markah peperiksaan setiap pelajar mengikut maklumat yang disediakan sebelumnya oleh guru kelas. Guru kelas hanya melakukan proses kemasukan markah hanya satu kali setahun dan guru mata pelajaran memasukkan markah setiap kali selepas peperiksaan.


KELEBIHAN SAPS?

        Antara kelebihan SAPS ialah dapat mengikut prestasi pelajar sekolah tanpa mengira sama ada sekolah itu di Bandar atau di luar Bandar. Ia  boleh mengukur pencapaian sesebuah sekolah dan dapat mengesan kelemahan murid bagi mengatasi kelemahan berkaitan pelajaran yang dihadapi murid di sesebuah sekolah.
   
         Selain itu, dapat mengurangkan tekanan kepada guru semasa proses pengisian markah peperiksaan kerana guru-guru hanya perlu mengisi sistem SAPS setahun dua kali sahaja iaitu bagi markah peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun. Dengan SAPS, masalah dalam meminta data dapat dikurangkan. Dengan itu, ibu bapa boleh melihat prestasi anak-anak.


KEBURUKAN SAPS?


  Selain kelebihan, SAPS juga terdapat kelemahan iaitu kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa log in sebanyak 3 hingga 10 kali kerana sistem ini biasanya akan "CRASH" atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem SAPS. Keburukan SAPS juga boleh menyebabkan berlakunya kesesakan trafik.

BAGAIMANA CARA UNTUK MENGGUNAKAN SAPS?
Untuk guru
·         Buka laman SAPS yang utama
·         Di menu utama, terdapat login untuk guru masukkan nama pelajar.
·         Masukkan ID Pengguna
·         Masukkan kata laluan
·         Klik log in
·         Halaman seterusnya akan dipaparkan

Untuk ibu bapa atau umum
·         Taip "SAPS" di google search
·         Pilih semakan ibu bapa
·         Masukkan kad pengenalan ataupun sijil anak-anak
·         Pilih sekolah menengah atau sekolah rendah
·         Pilih tahun
·         Pilih jenis peperiksaan apabila profil dipaparkan
·         Pililh pada analisis markah yang terdapat slip keputusan/markah peperiksaan

·         Slip keputusan/markah peperiksaan telah dipaparkan

No comments:

Post a Comment