Kunci primer dan
kunci asing
> Di dalam pangkalan data ,
terdapat kunci primer dan kunci asing yang mana nilainya adalah unik dan mesti
diisi ( tidak boleh ditinggalkan kosong) . Setiap jadual mesti mempunyai
minimum satu kunci primer
KUNCI pRIMER
Ø Kunci Primer adalah medan yang unik
mewaklili setiap rekod dalam bari sesebuah jadual . Kekunci ini tidak boleh
memiliki nilai null . (tidak boleh dikososngkan)
Ø Dalam setiap jadual di pangkalan data
mesti memiliki sekurang-kurangnya satu kunci primer . Peilihan kunci primer
adalah bergantung kepada kesesuaian dan keunikan nilainya dengan medan-medan
lain
Ø Kunci Primer juga boleh diberikan
secara automatic oleh perisian DBMS
Ø Kunci Primer juga boleh dicipta
sendiri oleh pengaturcara . Antara yang sering digunakan adalah seperti nombor
kad pengenalan kerana ia adalah unik (tak aka nada no kad pengenalan yang sama
antara dua orang) atau pun nombor surat beranak , nombor passport , nombor
pelajar ataupun nombor pekerja
KUNCI ASING
Ø Kunci Asing adalah salah satu medan
dalam jadual pertama yang dijadikan
kunci primer , yang berada di dalam jadual kedua atau pada jadual lain . Kunci asing
boleh digunakan untuk jadual rujukan silang
Ø Setiap nilai kunci asing mestilah
berpadanan dengan nilai kunci primer dalam hubungan yang dirujuknya . Nilai
bagi kunci asing dalam jadual boleh berulang-ulang
KEPENTINGAN
KUNCI PRIMER
Ø Memastikan setiap rekod lama yang
tersimpan tidak bertindih dengan rekod yang baru
Ø Memberikan edentiti yang unik bagi
setiap rekod yang disimpan di dalam pangkalan data
Ø MEnjadikan data yang disimpan adalah
utuh kerana setiap rekodnya mempunyai satu nilai yang unik sebagai pengenalan
diri
Ø Mengelakkan rekod yang sama
berulang-ulang disimpan di dalam pangkalan data . Ini seterusnya dapat
menjimatkan ruangan computer storan
Ø Memudahkan proses carian dan capaian
ke atas rekod-rekod yang hendak dicari boleh dicapai dengan membuat carian
dengan menggunakan kata kunci ke atas kunci primer
PERBEZAAN
KUNCI PRIMER DAN KUNCI ASING
Berikut adalah oerbezaan
antara kunci primer dan kuci asing berdasarkan kepada ciri-crinya
KUNCI PRIMER
|
CIRI-CIRI
|
KUNCI ASING
|
Kunci
primer biasanya terletak pada medan pertama sebelah kiri jadual
|
Lokasi
|
Kunci
asing terletak pada medan kedua selepas kunci primer
|
Kunci
ini dicipta dengan memilih medan yang mempunyai nilai medan yang unik
|
Cipta
|
Ia
dicipta dengan memasukan medan kunci primer dari satu jadula ke jadual yang
lain
|
Hanya
terdapat satu kekunci ini di dalam
sesebuah jadual
|
Bilangan Kunci
|
Mungkin
terdapat lebih daripada satu kekunci ini dalam sesebuah jadual
|
Nilai
pada kunci ini adalah nilai yang unik dan ia mesti diisi bagi sesebuah jadual
|
Nilai Kunci
|
Nilai
kunci ini tidak unik kerana nilainya merujuk kepada kunci primer pada jadual
lain
|
Ia
tidak membenarkan nilai kosong pada medan ini dan tidak membenarkan
pengulangan nilai yang sama
|
Nilai Kosong
|
Kunci
ini membenarkan nilai kosong dan pengulangan nilai yang sama
|
Kunci
ini digunakan untuk menentukan rekod di dalam sesebuah jadual kerana nilainya
yang unik
|
Fungsi Kunci
|
Kunci
ini digunakan untuk Menghubungkan antara dua jadual bersama
|
Contoh :) :) :)
No comments:
Post a Comment