ASSALAMUALAIKUM ~ :)
NOW ! saya akan memberitahu akan 'Langkah-langklah Keselamatan Komputer' :D
" Definisi Keselamatan Komputer "
Keselamatan komputer boleh ditakrifkan sebagai menjaga keamanan atau kesejahteraan komputer sama ada dari segi sistem dan perisian, data mahupun perkakasan. Keselamatan komputer juga bermaksud amalan melindungi sistem komputer dari kegagalan, ancaman, risiko, dan kelemahan dari pelbagai sudut seperti kesalahan manusia atau operasi, serangan dan bencana alam yang boleh menyebabkan maklumat menjadi terdedah atau maklumat dipinda secara tidak sah, kemusnahan, atau denial-of-service.
Tujuan Keselamatan Komputer
(1) Untuk memanjangkan jangka hayat komputer.
(2) Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik
(3) Memastikan hard disk komputer anda tidak dimasuki VIRUS
(2) Memastikan komputer sentiasa dalam keadaan baik
(3) Memastikan hard disk komputer anda tidak dimasuki VIRUS
Cara-Cara Menjaga Keselamatan Komputer
- Pencegahan Dari Jangkitan Virus- Untuk mengenal pasti virus, komputer memerlukan perisian anti-virus. Perisian ini mampu mengesan disk dan perisian yang mempunyai virus dan memusnahkannya. Kita juga perlulah kerap mengimbas PC dari serangan Trojan, Virus, dan Sniffer. Jangan download email attachment yang belum discan ke dalam PC terutamanya yang mengandungi '.com, vb, dll, exe', di hujung nama fail berkenaan kerana itu semua adalah virus.
- Fail Pengenalan Virus (Virus Signature File)- Kesemua perisian antivirus merujuk kepada pengkalan data yang menyimpan maklumat mengenai virus apabila memeriksa sesuatu fail yang dijangkiti. Oleh yang demikian, adalah penting untuk kita sentiasa "update" fail tersebut untuk mengesan virus-virus baru.
- Menghalang password Cracker-
- Gunakan semaksimum mungkin password yang dibenarkan.
- Sering menukar password sekurang-kurangnya sebulan sekali dalam LAN atau seminggu sekali dalam persekitaran internet.
- Jangan memberikan password kita kepada orang lain. Sebaiknya ingat password kita.
~Gunakan Internet Firewall
Tembok api(firewall) bertindak sebagai penghalang antara komputer dalam rangkaian. Tembok api(firewall), penceroboh dalam rangkaian mungkin akan dapat memusnahkan, mengganggu atau mendapat akses kepada fail pada komputer anda. 2 Tembok api(firewall) boleh datang dalam bentuk perkakasan atau perisian. Tembok api(firewall) berfungsi dengan satu set penapis yang sentiasa memantau trafik pada rangkaian. Apabila satu paket maklumat dikenalpasti membawa masalah , Tembok api(firewall) yang menghalangnya dalam usaha untuk mengelakkan kerosakan.
- Merupakan perisian atau perkakasan yang membantu menghalang penggodam, virus, dan cacing (worms), daripada mengakses komputer anda.
- Firewall merupakan pertahanan barisan hadapan yang paling penting bagi keselamatan komputer.
RUMUSAN
- Keselamatan komputer sememangnya penting dan amat berguna untuk kita sebagai pengguna komputer.
- Dengan menjaga keselamatan komputer, segala perkakasan, perisian, sistem mahupun data-data kita akan berada dalam keadaan selamat.
- Sekiranya para pengguna mengetahui dan mengamalkan etika-etika dalam penggunaan komputer, nescaya keselamatan dalam penggunaan komputer akan lebih terjamin.
No comments:
Post a Comment