About Me

My photo
Dear reader, I'm Shafiq. In course, Database Management and Web Application at College Vocational Kuala Selangor.

Tuesday 7 April 2015

APPLE STORE #12


Sesiapa yang mempunyai gadget Apple, sudah tentu tahu akan website apple ini. Disitulah tempat dimana pelbagai jenis phone, laptop, ipad, tv dan sebagainya dikeluarkan. Segala "sale" diberikan kepada pengguna apple.

Apple Store ialah sebuah laman web yang mempunyai maklumat tentang gadget berjenama Apple dengan terperinci. selain itu, Syarikat Apple mempunyai 180 buah kedai menjualan runcit barangan berjenama Apple di Amerika Syarikat, Jepun, United Kingdom, Kanada dan Itali. Apple kini menggaji melebihi 200,000 pekerja tetap dan pekerja sampingan di seluruh dunia. Jualan tahunan Apple di seluruh dunia pada tahun fiskal 2006 (berakhir pada 30 September) ialah A$$ 19.3 Billion. Produk-produk perkakasan syarikat yang paling terkenal termasuk barisan komputer peribadi Mac dan peranti-peranti persisian berkait, barisan pemain media mudah alih iPod, serta iPhone yang dikeluarkan pada pertengahan tahun 2007.


 Ditubuhkan pada 3 Januari 1977 , syarikat in mula-mulanya dikenali sebagai Apple Computer, Inc. selama 30 tahunnya yang pertama. Pada 9 Januari 2007, syarikat ini menggugurkan perkataan "Computer" daripada nama korporatnya agar membayangkan bahawa Apple yang pada suatu ketika nanti terkenal untuk produk-produk computer namun kini membekalkan berbagai-bagai produk elektronik pengguna. Pertukaran nama yang menyusul pengumuman Apple tentang smartphone iPhone dan system video digital Apple TV berterusan syarikat ke dalam pasaran elektronik pengguna, selain daripada tumpuan khasnya dalam komputer peribadi.

No comments:

Post a Comment