About Me

My photo
Dear reader, I'm Shafiq. In course, Database Management and Web Application at College Vocational Kuala Selangor.

Wednesday, 8 April 2015

WIKIPEDIA #18

Wikipedia Bahasa Melayu, sering kali disingkatkan sebagai mswiki, versi bahasa Melayu ensiklopedia bebas dalam talian, Wikipedia. Penciptaannya dipohon oleh Imran William Smith dan sistem diaktifkan pada 26 Oktober 2002 oleh pentadbir Wikipedia, Brion VIBBER.
Pada 20 Februari 2003, pengguna Sharuzzaman telah muncul dan menjadi pengguna tempatan berdaftar pertama yang menyunting Wikipedia ini. Pada peringkat awal, laman Wikipedia Bahasa Melayu terbiar disebabkan tiada penutur Melayu yang aktif.

Laman Utama Wikipedia Bahasa Melayu menjadi tempat persinggahan untuk meletakkan pautan "antara-wiki" yang lain. Laman pertama yang wujud (selain laman utama) adalah laman main page to yang dicipta pada 28 Januari 2003. Kemudian, muncul pula laman Bahasa Melayu pada 30 Mei 2003, Air pada 5 Julai tahun sama dan laman Wikipedia pada 3 Jun 2003 sebagai perintis kepada kemunculan laman-laman rencana baru yang lain. Sehingga April 2015 Wikipedia versi bahasa Melayu ini telah mencapai 273,249 rencana.

No comments:

Post a Comment